Selasa 16 Januari 2019 lepas, Blockspace telah mengikat MOU dengan sebuah institusi pendidikan iaitu CQ Breyer Group Of Colleges. Ini adalah julung-julung kalinya kami berkolaborasi dengan organisasi pendidikan tinggi. Blockspace dan CQ Breyer Group mengambil langkah proaktif ini untuk memperkasakan para pelajar, graduan dan ahli akademik Malaysia dalam aspek pendidikan dan kerjaya.

Dedikasi Blockspace adalah untuk menyokong pembangunan dan kemajuan akademik generasi seterusnya. Sebagai sebuah startup yang masih setahun jagung dalam industri, kami melihat banyak potensi yang masih belum diteroka dalam industri pendidikan. Sebab itulah Blockspace mahu memberi peluang dan ruang kepada mereka yang terlibat untuk bangkit bersama-sama kami.

Blockspace membuka pintu bagi para pelajar, graduan dan ahli akademik untuk menggunakan ruang dan kemudahan yang kami ada bagi bagi memenuhi keperluan mereka. Pada masa yang sama, CQ Breyer Group sebagai organisasi pendidikan memberikan peluang pendidikan berterusan untuk menyediakan para pelajar menempuh cabaran dunia kerjaya.

Majlis Tandatangan Persefahaman ini telah dijalankan dengan jayanya, dengan Blockspace diwakili oleh Datin Ezdianie Baharoddin sebagai pengasas Blockspace dan CQ Breyer Group of Colleges pula diwakili oleh En. Muzani sebagai Accredited Centre Manager. Selepas tandatangan selesai, wakil-wakil CQ Breyer Group dibawa melawat ke ruang-ruang kerja dan event kami.

Ribuan terima kasih Blockspace ucapkan kepada En. Farhan, Chief Operating Officer Blockspace dan team kerana berusaha keras bagi menjayakan kolaborasi ini. Terima kasih juga kepada pihak CQ Breyer Group, semoga kerjasama kita dapat memberi impak positif kepada semua pihak.

Blockspace sangat menyokong usaha untuk memperkasakan generasi muda melalui pendidikan, maka Blockspace sangat mengalu-alukan kolaborasi dari organisasi pendidikan lain yang berminat.

 

Hubungi kami

+601128030095

blockspacemy@gmail.com