Pernah ke korang terasa malas nak keluar beli groceries dan makanan? Tambah pulak cuaca Malaysia ni tak menentu. Kejap panas sangat, kejap dia punya hujan macam takde hari esok. Tapi sebab sekarang ni semuanya kat hujung jari je, beli je lah online!

Salah satu servis penghantaran groceries dan makanan yang ada di KL dan PJ adalah HONESTBEE. Servis ni mula ditubuhkan di Singapore pada 2015 dan selepas tu berkembang ke Hong Kong, Taiwan dan 13 buah negara lagi termasuk Malaysia! Kalau dah berkembang seluruh Asia tu mestilah servis diorang ni terbaik kan?

Sekarang Blockspace gembira untuk bagitahu yang kami dah collaborate dengan Honestbee. Korang boleh dapatkan kupon Honestbee bila korang belanja minimum RM60 di Blockcafe. Lepas ni, bolehlah korang shopping online kat Honestbee guna kupon tu. Jimat!

Selain groceries dan makanan, Honestbee Malaysia juga buat servis penghantaran untuk makanan haiwan peliharaan, produk kesihatan, dan produk kecantikan tau. So korang boleh pilih dari berpuluh-puluh kedai yang tersenarai dalam www.honestbee.my. Senang kan?

Blockcafe buka setiap hari dari jam 11 pagi sampai 12 tengah malam. Belanja minimum RM60 dan dapatkan kupon diskaun dari Honestbee!

IG: blockcafe_official
FB: BlockcafebyBlockspace
Phone: 6011-64108148